Definisi
Migrasi atau penghijrahan merujuk kepada perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain melintasi sempadan daerah atau negeri atau negara. Perpindahan ini mungkin di sebabkan oleh faktor ekonomi, politik dan sosial.
JENIS-JENIS MIGRASI
1.MIGRASI DALAMAN
a)MIGRASI MUSIMAN
b) MIGRASI DARI LUAR BANDAR KE BANDAR
c) MIGRASI BANDAR KE BANDAR
d) MIGRASI BANDAR KE LUAR BANDAR / BANDAR KE PINGGIR BANDAR
e) MIGRASI LUAR BANDAR KE LUAR BANDAR
f)TRANSMIGRASI
2.MIGRASI ANTARABANGSA
a) MIGRASI ANTARA BENUA
b)MIGRASI ANTARA NEGARA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI
Video
KESAN MIGRASI
KESAN KE ATAS TEMPAT ASAL
Kesan Positif
i.Tanah pertanian dapat dikerjakan dengan lebih eknomi dengan tidak menggunakan tenaga kerja yang ramai- hasil yang banyak untuk setiap petani akan diperolehi
ii.Masalah pengangguran di kawsan luar Bandar akan dapat di atasi- penduduk yang menganggur berpindah ke Bandar
iii.Menjadikan kawasan luar Bandar kurang padat- meringankan beban kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas- peruntukkan pembangunan dapat dikurangkan
i.Penghijrahan keluar para professional atau tenaga pakar merugikan negara asal kerana kerajaan telah banyak menghabiskan duit untuk penddidikan mereka
ii.Berlakunya tanah terbiar- golongan belia luar Bandar berhijrah ke Bandar
iii.Berlaku ketidakseimbangan jantina di desa-desa ( kaum lelaki berhijrah ke Bandar dan kaum wanita berada di desa).
Kesan Negatif
KESAN MIGRASI PENDUDUK KE ATAS KAWASAN YANG DITUJU
Kesan Positif
i.Dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di kawasan yang kurang penduduk
Kemasukan tenaga profesioanal ke negara yang dituju dapat memajukan lagi negara- contoh doctor dari India dll- kerajaan tak perlu menghabiskan wang untuk pendidikan
Kesan Negatif
i.Imigrasi menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di negara yang dituju- kepelbagaian budaya dan adapt resam menyukarkan perpaduan nasional
ii.Rakyat tempatan kehilangan peluang pekerjaan kerana terpaksa bersaing dengan para imigran untuk mendapatkan peluang pekerjaan
iii.Migran akan menghantar balik ke negara asal mereka- merugikan negara yang dituju kerana pengaliran wang keluar tidak dapat dielakkan.
Wujudnya prasangka kaum kerana wujud pengklompokan kawasan mengikut kaum- kaum pendatang dengan kaum pribumi- boleh wujudkan persengketaan kaum.
Langkah-langkah mengurangkan migrasi dalaman
i. Memodenkan sector pertanian
Tujuan meningkatkan pengeluaran dan memodenkan sektor pertanian, memperbaiki sistem perkhidmatan pertanian luar bandar, memodenkan kehidupan petani supaya terus tinggal di kampung halaman masing-masing untuk bekerja dan menmperoleh pendapatan yang tinggi.
ii. Memodenkan kawasan luar bandar dengan pelbagai kemudahan asas.
Menekankan pembangunan fizikal desa seperti penyediaan kemudahan asas yang lengkap
Menaik taraf kawasan desa yang berpotensi menyediakan kemudahan infrastruktur secara bersepadu.Ini menarik minat penduduk luar bandar untuk terus tinggal di kampung halaman masing-masing dan tidak berminat untuk bermigrasi ke kawasan lain.
iii. Penyelerakkan dan penyebaran industri ke desa
Kilang-kilang di bina di kawasan yang berpotensi. Pelabur diberikan taraf perintis. Kerajaan menyediakan infrastruktur . Mengadakan promosi kepada pelabur luar. Peluang pekerjaan banyak wujud di luar bandar tanpa perlu berhijrah untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
iv. . Rancangan pembangunan wilayah
Strategi khusus di bawah agensi pelaksana bagi menjana sumber dan membangunkan tanah baru Cth Wilayah Jengka, DARA, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR. Ini Mengelakkan daripada penduduk terus tertumpu di satu-satu kawasan sahaja.
v. Membandarkan kawasan luar bandar
Mewujudkan bandar baru di kawasan pembangunan Wilayah, cth. bandar Jengka, bandar Muazam Shah.Membandarkan pekan-pekan berpotensi. Cth.bandar Maran di Pahang. Pembandaran simpang – memajukan pekan yang berada di simpang jalan utama.
Mewujudkan bandar industri. Menggalakkan penduduk terus tinggal di luar bandar di kampung halaman untuk terus menikmati kemudahan bandar.
Langkah-langkah mengurangkan migrasi antarabangsa
i. Mengetatkan kawalan sempadan:
Malaysia mempunyai sempadan darat dengan Thailand di Semenanjung Malaysia
dan Indonesia di Sabah dan Sarawak. Sempadan laut dengan Indonesia, Filipina yang luas dan mudah telus. Ini memudahkan pencerobohan pendatang tanpa izin ke Malaysia.
Langkahnya ialah mengetatkan kawalan disempadan perlu dijalankanoleh pihak yang terlibat seperti Jabatan Imigresen, tentera laut dan pihak polis bagi mengelakkan kebanjiran pendatang tanpa izin.
ii. Mengetatkan undang-undang pengambilan pekerja asing
Undang-undang pengambilan pekerja asing diperketatkan selain dari tindakan
tegas ke atas warga asing yang memasuki Malaysia secara haram. Pemberian permit yang terhad, kuota pengambilan pekerja asing, ujian terhadap taraf kesihatan pekerja asing dan operasi terhadap pekerja haram (Ops Nyah) perlu dipertingkatkan bagi pengawalan terhadap pekerja asing di Malaysia.
iii. Meningkatkan bayaran levi dan caj perkhidmatan pekerja asing
Bayaran levi dikenakan kepada pekerja asing sebagai ganti cukai pendapatan ke
atas mereka oleh kerajaan. selain itu bayaran-bayaran lain yang dikenakan kepada pekerja asing seperti caj perkhidmatan, caj perubatan dan sebagainya perlu lebih tinggi daripada bayaran penduduk tempatan. Perkara ini boleh mengurangkan kemasukan migran dari luar negara.
iv. Mengutamakan tenaga buruh tempatan
Menggalakkan pihak swasta mengutamakan penggunaan tenaga buruh tempatan
berbanding buruh asing kecuali dalam sektor-sektor yang kritikal seperti perladangan dan pembinaan. Kerajaan boleh mengurangkan cukai keuntungan sekiranya mengupah pekerja tempatan.